Tuesday, 22 March 2016

Penulisan pertama

Bismillahirahmanirahim.

Ini merupakan kali pertama aku menulis blog. Sebelum nie pernah buat juga tapi dah bersawang dan berlumut dek kerana lupa password. Apa yang berjaya membuka hati aku untuk menulis blog kembali? Sebenarnya, last week baru jer pergi temuduga guru KEMAS. Lepas dapat call untuk pergi temuduga tu, nervous jangan cakaplah. Terus capai handphone dan google 'Pengalaman temuduga guru KEMAS'. HAHAHAHA. Macam tu sekali aku punya cemas dan gelabah taw. Makan tak kenyang mandi tak basah disebabkan temuduga nie. Yelahhh, perkara yang kita tunggu dan nantikan setelah sekian lama akhirnya terjawab juga. 

Tapi malangnya kunci carian di google tak banyak membantu sangat. Aku tahu ramai jer yang akan google tentang temuduga KEMAS nie, yelahhh, untuk mempersiapkan diri sebaik yang mungkin. Macam aku sendiri pun nak tahu macam mana temuduga itu berjalan. Maka, aku pun berhasrat untuk berkongsi pengalaman aku sendiri pergi ke temuduga nie.


Tiada niat lain dalam mencipta blog ini selain untuk berkongsi pengalaman dan membantu anda tentang hal berkaitan. Sangat berharap setiap entry akan memberi manfaat kepada anda semua! InsyaAllah. Click link for full version of pengalaman temuduga guru KEMAS! Enjoy!

No comments:

Post a Comment