Hai. Dapat pergi ke temuduga guru KEMAS ke tuuuu? HIHIHIHI. Tahniah!! Nak berkongsi tentang pengalaman aku sendiri pergi ke temuduga guru KEMAS nie. Dalam kes aku nie, aku dah tunggu hampir dua bulan sejak menghantar borang permohonan. Mula-mula memang ingat takde harapan dah. Macam dah tak nampak sinar KEMAS dah. Hihihihihi. Sebab aku sendiri tak tahu status borang permohonan tuu. Tiba ke destinasi ke tidak? Tercicir masa posmen nak hantar ke? Hantar pada alamat yang salah ke? Aku tak layak untuk dipanggil temuduga ke? (begitu over dan merepek pemikiran aku kan) HAHAHAHA.
Dan pada suatu hari tuuu, Alhamdulillah, aku dapat panggilan daripada Jabatan KEMAS Johor. Masa nie aku sangatlah gelabah. Dahlah tengah kerja, dapat call mengejut pulak tu. Aku fikir pihak KEMAS akan call dalam waktu pejabat (standardlah untuk urusan rasmikan). Rupanya suka hati diaorang jer nak call bila-bila. Dalam perbualan tuuu, mereka akan terangkan apa yang perlu dipakai, dibawa masa temuduga nanti. Kena hadir pada jam 8.00 pagi. Jangan lambat!
Ini pesanan yang aku dapat semasa call tu:
- Hadir temuduga lengkap berpakaian sukan. Tak perlu bawak pakaian salin - Pakai jelah pakaian yang korang rasa selesa untuk buat ujian fizikal nanti. Kalau korang selesa lari 2.4km dengan berkasut tumit tinggi, terpulanggggggg. Dengan pakaian nie jugalah korang akan ditemuduga di dalam bilik nanti.
- Bawa segala sijil (original) yang berkaitan dan kad pengenalan - Dalam hal nie, mereka takde cakap sijil apa yang perlu dibawa. Jadi, bawa jelah segala sijil yang korang rasa boleh dijual pada si penemuduga yer. Dokumen pun jangan lupa bawa. Tersangatlah penting (I/C, surat beranak, surat berhenti sekolah & dll) Original sahaja. Salinan tidak dilayan yer. Ohh ya, pen jangan lupa bawa sekali!
- Tarikh dan masa temuduga dijalankan - Ini kalau korang tak alert sendiri tak tahu nak cakap apa.
Dalam pada masa korang nak tunggu tarikh temuduga tuuu, korang bolehlah cari info sikit tentang bagaimana temuduga KEMAS nie dijalankan contohnya dengan membaca entry aku nie. HIHIHIHI. Selain itu, korang juga boleh dah start membaca apa yang patut. (AYOK TAK TAHUUUU) Dan kalau nak lagi mantap, bolehlah start berjog untuk menguatkan stamina yer!
HARI TEMUDUGA
Kalau boleh datanglah sebelum pukul 8.00 pagi yer. Sebab masa aku hari tuuu, aku tiba dalam pukul 7.45 pagi. Dalam fikiran nie memang ingat tak ramai orang lagi atau orang yang dipanggil temuduga tak ramai. Jauh meleset tanggapan aku rupanya. Dah berderet kereta tersusun di sekitar Jabatan Kegiatan KEMAS Kulaijaya, Johor. Pehhhh! Masa nie serius aku seriau! Sangat terkejut dengan ramainya orang kat situ. Pada mulanya, aku datang dengan rasa yang agak yakin tapi bila dah jumpa ramai orang macam nie (yang semestinya jauh lebih hebat dari aku), keyakinan aku agak sedikit merundumlahhhhhh.
Perkara pertama yang korang akan buat bila dah sampai ialah mendaftar di kaunter yang disediakan. Selepas mendaftar, mereka akan beri 2 borang untuk diisi (sebab tuu penting bawa pen sendiri). Seterusnya, korang akan ditimbang berat dan diukur ketinggian. Lepas selesai jer semua tu, barulah ujian fizikal dimulakan. Ujian fizikal nie standardlah, lari 2.4km. Tapi tengok rezeki korang juga. Kebetulan stadium yang sepatutnya tempat kami lakukan larian sedang dibuat penambahbaikan (Alhamdulillah) maka kami perlu lari di dalam kawasan jabatan tuu sahaja. Mereka set masa siap-siap pastu larilah seberapa jauh yang korang mampu (pada aku macam nie rilekslah sikit). Aku dapat lari 1km dalam masa 10 minit tuu. Kira ok lahh jugak.
Lepas berpenat lelah berlari, korang dah boleh tunggu depan bilik temuduga untuk dipanggil. Ya, dengan berpeluh, busuk, masam dan selekeh akibat berlari tadi yer. HAHAHAHA. Don't worry. Bukan korang jer melekit masa tuuu, semua orang tengah melekit, panas dan stress sebab fikir nak masuk bilik temuduga tuu. Sementara nama korang belum dipanggil, korang bolehlah ambil nafas kejap, tenangkan diri, tarik nafas dan pergi ke tandas jika perlu. (air mineral jangan lupa bawa) Ada juga yang datang temuduga dalam keadaan mengandung dan mereka tidak perlu melakukan ujian fizikal (bestkannn). Pagi-pagi lagi dah boleh balik sebab selesai urusan awal.
Terus cerita dalam bilik temudugalah yer. Aku masuk bilik temuduga dalam pukul 3 petang macam tuu. Ya, memang lama menunggu. Aku siap pergi lunch kat mamak lagi. Kikikiki. Masa aku nie, setiap sesi akan dipanggil 3 orang sekali masuk. Bergantung juga pada tempat temuduga korang tuuuu. Ada yang 4 orang sekali masuk (berdasarkan pengalaman sahabat aku). First sekali, panel akan tanya nama seorang demi seorang. Lepas itu, bermulalah peperangan soalan.
Antara soalan yang ditanya :-
- Perkenalkan diri.
- Nama
- Umur
- Asal
- Status perkahwinan (akan ditanya ada plan untuk berkahwin dalam masa terdekat tak)
- Tahap pendidikan
- Pengalaman bekerja (kalau sedang bekerja di tadika lagi advantage)
- Doa dan niat dalam Islam
- Recall segala macam doa yang pernah dipelajari. (Aku diminta baca doa Iftitah dan niat berbuka puasa) Groupmate pulak doa qunut, tahiyat akhir, doa naik kenderaan dan niat berwudhuk)
- Apa isu yang sedang popular sekarang?
- Kenapa KEMAS perlu ambil anda bekerja?
- Nyanyi lagu kanak-kanak.
- Buku lagu disediakan. Tinggal pilih dan nyanyi. Bukan nyanyi saja yer. Lakukan seperti microteaching.
- Apa itu KSPK? Tunjang KSPK ada berapa?
- Disebabkan kami bertiga lepasan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, maka mereka ada tanya sikitlah tentang nie.
- Kalau KEMAS ambil awak bekerja, di mana tempat paling jauh awak boleh dihantar?
- Sorang jawab Perlis, sorang jawab Kedah. Aku jer jawab Sabah atau Sarawak (masa jawab muka bajet gila, konon yakin dan tabah lettew) Tak tahu hati tisu jauh dengan family sikit jer dah melalak. Tapi mulut mesti manis maaaaa. Nama pun temuduga. Jadi, kalau aku ditugaskan ke Sabah atau Sarawak, redha jela. Jauh perjalanan, luas pemandangan.
Banyak lagi soalan tapi aku dah lupalah. Semasa menjawab pastikan jangan berhenti atau ter'blur' kerana panel akan terus potong dan beri peluang pada calon lain pula. Jawab dengan berkeyakinan walaupun anda tak pasti jawapan anda betul atau salah (ini yang aku praktikkan sehingga panel temuduga pula yang keliru jawapannya apa) Hahahaha. Tiada langsung tentang menteri atau politik. Tapi ada juga pengalaman sahabat lain yang temuduga, mereka ditanya dengan soalan politik dan tiada langsung tentang guru, pendidikan atau KEMAS. Jadi, tengoklah rezeki dapat panel temuduga macam mana ok! Selesai jer sesi bersoaljawab tuuu, maka bolehlah balik dan rehat. Comfirm anda penat! Dan nikmatilah rasa gementar menunggu keputusan keluar seperti yang aku sedang lalui sekarang nie. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
InsyaAllah, aku akan update tentang keputusan jika berkesempatan nanti. USAHA-usaha juga, jangan lupa DOA dan seterusnya TAWAKAL. Apa pun keputusan, terima dengan redha. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku (pesanan lebih kepada diri sendiri sebenarnya) Aku berharap entry kali ini sedikit sebanyak dapat membantu perjalanan temuduga korang. Semoga berjaya untuk aku dan korang juga! Terima kasih sudi membaca. Assalamualaikum!